Everyday go to jalan-jalan

Saturday, April 14, 2012

Ni lah rutin harian. Ada masa terluang je aq memang dan compommmm go jalan-jalan. Tapi sekarang ni memang banyak masa untuk dibuang kot. Hehehehe… sasaran seterusnya I-CITY.. Dengan lagak seperti wartawan tak bertauliah, setia dengan Nikon atas bahu aq and the geng tanpa buang masa start mencuci-cuci mata. Tak ada yang best sangat pun. Apa yang ada kat sana just lampu yang berwarna warni. Walapun agak membosankan tempat ni tapi aq memang tak bosan pun. Apa yang penting adalah aq dapat merakamkan beberapa gambar kenangan. Beberapa ke? Agak-agak adalah dalam beberapa ratus keping gambar aq ambil malam tu. Agak best sebab ambil gambar sememangnya hobi aq. Kalau cerita pasal hobi aq memang banyak hobi yang kadang-kadang tak masuk akal but who care?.. lalalalalala…


Aq dan Si Kuda Laut.. Kalau kat Sabah, we call kuda laut ni UNDUK2.. hehehe.. comel je nama tu.

Charlie's Angel.. But the another one is missing. Karam di lautan ketika menjalankan tugas. :P

Em... 

 Have to sleep early. 2moro kena bangun awal.. Karnival Sukan UPM mariiiiiiiiiiii...
hikhikhik... boleh ke? aq tak ada training kot.. :P

Stop here.. Nite all...

< Cuti-Cuti Ulu Yam >

Thursday, April 12, 2012

Sempena cuti-cuti Malaysia, aq dengan muka comelnya tanpa segam silu bercuti-cuti Malaysia dengan budak-budak PUSMAL kat Ulu Yam.. Apa yang best dapat pulak makan free dan mandi.. oowwh.. mandi ke? Sejuk kot, rasanya aq lagi banyak menjadi pemerhati tetap daripada mandi. "Bergetar seluruh anggota" umpama lirik lagu Erra Fazira je keadaan aq time tu. Banyak gila makanan time tu, sampai masa nak balik pun still ada makanan lebih. 

Nak cerita suasana kat Ulu Yam tak lah banyak sangat senarionya tapi ada gak lah pertunjukan free yang membahayakan kesihatan. Air terjun kat Ulu Yam tu tak lah tinggi sangat jadi ada pulak yang nak ambil kesempatan buat luncuran air terjun. Kira hebat lah tu, kalau salah lending kepala boleh lending atas batu dan dengan tak disangka-sangka ada lah tragedi April berdarah.. mak aiii.. ayat tak boleh blah... hehehehe... Tapi kan, rasa nak try je lah buat aksi merbahaya tu. hikhikhik.. nasib baik lah aq malu-malu kucing mahu tapi takut, bukannya mahu tapi malu.

Bila fikir balik, ala tak apa lah. Dulu aq pun dah pernah try benda-benda tu. Mula-mula tengok dalam otak terfikir, tak sakit ke meluncur atas batu tu? Tapi masa try hari tu, ala bukan try kat Ulu Yam, try kat tempat lain. Best ooowwwhhhh... licin je batu tu. Tapi apa yang pasti tempat aq meluncur tu tak membahayakan kesihatan. Siap dengan full protection lagi tu. 

Ada gak lah ambil beberapa keping gambar tapi oleh kerana aq lagi banyak tangkap gambar makanya gambar aq lah yang paling kurang. gigit jari lah.. :P



Stop here.. i want continue playing my game.. lalalala... :P

Bila aq free dan dalam mood Rajin menaip...

Tuesday, April 10, 2012

MyEm0.Com Hari ini dan sejak kebelakangan dan kehadapan ini, aq selalu lah dan teramat-amat free. No need to pay.. lalala.. Bila aq dah terlalu free sampaikan tak tau nak buat apa, aq pun adoyai rasa nak makan makan makan dan makan.haihhhhh... hampeh.. asyik makan tapi badan mantain slim jeeee... ni nak ambil kesempatan puji diri slim ke apa ni? ngehhhhhhh... Selepas makan, termenung depan tv. Hah.. ngam lah tu. Ini lah rutin harian. Selepas tengok tv masuk bilik main laptop then tak sedar-sedar tertidur. Bila sedar dah petang dan malam pun dah mengintai-intai diriku yang comel ini.. ehem.. ada kaitan ke? :-P

Dulu time muda-muda, amboi sekarang dah tua ke? sensitif betul perkataan tua tu tau. lalala.. tak apa, kena terima hakikat yang umur aq semakin meningkat dan aq menjadi semakin matang, acecehh.. Dulu time free je asyik buka laptop buka adobe photoshop asyik edit gambar lagi lupa nak cakap asyik main game kat facebook je. Em... dah lama kot tak main game yang aq selalu main tu. Game ninja Saga. Gila betul, sehari tak main game tu rasa hidup seakan-akan tak lengkap je tapi sekarang dah ubah citarasa pulak. Sekarang asyik main game online kat hp je. ala.. saja nak bagi tau pasal handphone baru aq lah.. Baru lah sangat, dah lama juga lah. Dapat dalam tahun lepas..

Ahaa... Cerita pasal hobi baru main game online kat handphone ni semua salah siapa?Tiba-tiba terasa ada tanda tanya yang paling besar atas kepala aq ni.. ehem.. actually saja nak bagitau, rumah aq dah ada streamyx.. ala.. yang ni pun lambat bagtau, dah lama kot ada benda alah tu.. dalam hati punya lah happy dapat internet 24jam..

Lagi hobi yang semakin menjadi-jadi, semakin hari semakin parah dan mengalahkan orang yang dah addict dengan dadah, ni aq lagi teruk. Dah addict sangat sangat sangat dengan cerita korean. Tak kisahlah drama, movie lagu semua aq bedal.. terasa macam makanan lah pulak.. Fikir punya fikir, tiba-tiba nak mengimbas kenangan silam. Kisah yang menjadikan aq fanatic dengan korean akhirnya terbongkar.

Dulu.. ala time muda-muda, masa tu form 4, start tinggal asrama dah start berdikari sebab dah jauh dari family dan  time ni lah first time tengok drama korean "MY LOVE PATZZI" best cerita ni. Time tu pinjam cd kawan bawa balik rumah. Selepas tu bermula lah cinta aq terhadap korean dan kekal sehingga kini. Memang segar subur kecintaan aq terhadap cerita-cerita korean ni lebih-lebih lagi My Sister also same with me dan dia lah menjadi baja yang paling  kuat yang mengekalkan kesuburan dan kesegaran kecintaan aq terhadap cerita-cerita korean.. Stop here.. aq nak merehatkan jari jemari yang dari tadi menekan keypad laptop aq.. 
MyEm0.Com babai..

Guardian Angel Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino